Flagship adalah kapal yang membawa bendera pasukan.
Kapal flagship sentiasa berada di depan. Di belakang kapal flagship adalah kapal-kapal lain dalam armada.
.
Dalam bisnes kita, apakah produk yang memainkan peranan sebagai produk flagship syarikat kita?
Andai kata belum ada, mesti diadakan!
.
Produk flagship tidak semestinya produk yang paling laku keras.
Banyak syarikat yang jualan produk flagshipnya merugikan sahaja. Keuntungan syarikat itu datang dari jualan produk-produknya yang lain.
Fungsi produk flagship adalah membawa nama baik syarikat. Ia menjadi simbol kepada semua yang terbaik dari syarikat itu.